Pada 5 September lalu saya telah berpeluang mengikuti rehearsal penuh KL International Tattoo yang telah berlangsung di Stadium Merdeka.. Kebanyakan gambar-gambar saya agak hampeh kerana inilah cubaan kali pertama saya mengambil gambar di dalam stadium yang saya dapati tembakan flash saya xpernah sampai ke objeknyer.. hehe.. Dengan kepanjangan lens yang tidak mencukupi.. saya cuba sedaya upaya untuk mendapatkan shot yang terbaik untuk koleksi sendiri.. dan dalam banyak2 shot.. saya paling suka shot Maori dance ni.. Look at those guys expression.. scary yet exciting.. dan saya betul-betul enjoy tengok persembahan diorang..